Ilmu
bukan terletak kepada jumlah guru, tersohornya guru, kitab yang
dihabiskan, matan yang dihafaz, riwayat yang diungkap, sijil yang
dimiliki, SEMUA itu hanya PINTU sahaja, namun ILMU SEBENAR adalah berapa
banyak:-
a. Yang DIAMALKAN sendiri,
b. Yang DIGUNAKAN bagi memandu ummah kepada kasih sayang & redha Allah,
c. Yang digunakan bagi memandu rakyat kepada cintakan kebaikan & hindari permusuhan,
d. Yang mampu mengurangkan prasangka buruk & tohmahan kepada sesama yang lain.
e. Yang mana ilmunya dapat digunakan bukan hanya dalam bab ibadah
khusus tetapi hal kenegaraan, politik, kehidupan seharian & kerjaya
harian.
f. Yang meninggikan akhlaknya dan bukan menyombongkan.
Nasihat buat diri dan semua pembaca di FB ini.