Penjelasan Tentang Wahabi

Jumaat, 28 Mei 2010

Oleh : Dato' Nik Amar
(Exco Kerajaan Negeri Kelantan)

MP3 Audio


Antara Yang Menarik

- Keterbukaan ulama dahulu dalam perbezaan mazhab.
- Perbezaan pendapat sesuatu yang lumrah. Umat Islam seharusnya saling menghargai pendapat mana-mana aliran mazhab.
- Asal Usul Gelaran Wahabi -mula digunakan oleh British untuk menyekat pengaruh gerakan kemerdekaan di India dan negara-negara lain.
- Musuh sebenar adalah sekularisme
- Pengajaran dari umat yang berpecah.
- Sesetengah isu feqh kita sudah lama berinteraksi dengan mazhab lain, contohnya dalam masalah zakat. (Talfiq-menggunakan mazhab Hanafi.)
- Masalah wudhu ketika di Mekah (Menggunakan mazhab Hambali)
- Dan lain-l.ain lagi...



Bermula Untuk Berdiri.....

Sudah lama tidak menulis dalam blog ini.... sebenarnya belum pun bermula menulis di sini lagi. Banyak hal-hal yang ingin ditulis tapi idea semacam tak boleh keluar dengan baik untuk menulis apa-apa entry dalam laman ini sama ada dalam bentuk artikel mahupun karya kreatif....

Sebenarnya banyak hal yang ingin dibicarakan dalam laman ini. Tapi entah kenapa semua itu seakan gagal untuk diterjemahkan dalam bentuk teks di sini.

Saya akan menukilkan hal-hal ringan untuk kita fikir-fikirkan bersama. Hal yang seringkali melingkari sisi kehidupan kita. Agar kita menjadi makhluk Allah yang senantisa menggunakan akal dalam perkara yang diberikan ruang oleh Allah s.w.t.

Insyallah, mudah-mudahan adanya manfaat bagi yang menulis dan yang membaca dari laman ini. Semoga kita diberikan kekuatan memperbaiki setiap urusan kehidupan kita....